ABNAA - AL -
ABDULY (M) SDN. BHD telah di
tubuhkan pada 19hb. April 2005 dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
(No. pendaftaran 357-02077648). Bidang kerja utama syarikat ini tertumpu pada
perkhidmatan pemasaran, pembekalan, pemasangan, menguji, menghantar dan
mentauliah pelbagai jenis kenderaan pelbagai guna bagi memenuhi permintaan
pelanggan. Semenjak di tubuhkan syarikat kami banyak menjalankan kerja-kerja
berkaitan tender kerajaan, sebutharga dan pelanggan dari berbagai agensi/swasta.
Syarikat ini juga mempunyai kemahiran di dalam bidang pemasaran, teknikal dan
cadangan untuk pelanggan bagi sesebuah kenderaan yang di perlukan. Syarikat kami
juga berpengalaman didalam memberi idea bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan
pemasangan badan baru kenderaan mengikut kehendak pelanggan. Kerja-kerja semasa
yang di jalankan adalah seperti :-
- Ambulans (kenderaan kecemasan).
- Aksesori tambahan didalam ambulans.
- Mobile klinik bergerak.
- Kenderaan pejabat bergerak.
- Van pelbagai guna seperti (Van Penumpang, Van Forensik, Van Sekuriti, Van Jenazah dan lain-lain).
- Bas penumpang (25, 40 dan 69 penumpang).
- Motosikal.
- Pacuan 4 Roda, aksesori pacuan 4 roda.
- Lori pelbagai guna, pemasangan platfom hidraulik, tail lift, wheel chair lift.
- Pemasangan lightbar (lampu matarah), LED board, siren & peralatan keselamatan kenderaan.
- Membekal pengusung utama (Primary stretcher), fold stretcher, scoop stretcher dan lain-lain
- peralatan tambahan bagi keperluan didalam ambulans.
- Membekal peralatan perubatan di dalam ambulans.
- Membekal peralatan keselamatan (topi keselamatan, kasut keselamatan, jaket keselamatan dan lain-lain).
- Kerja-kerja baikpulih, mengecat, menukar alat ganti dan lain-lain yang berkaitan.
Semenjak di tubuhkan, syarikat kami telah banyak membekalkan
kenderaan dan peralatan keselamatan kepada jabatan kerajaan dan bukan kerajaan
di seluruh Malaysia .
Kakitangan syarikat yang berpengalaman sentiasa bekerjasama dengan pelanggan
kami untuk memahami keperluan mereka dan memastikan ia dapat di penuhi, dan
menentukan penghantaran yang dibuat mengikut masa yang telah ditetapkan.
Syarikat kami, buat masa ini juga aktif menembusi
pasaran Bas Ekpres, Bas Pelancongan, Bas Henti-henti, Bas Mini dan Bas sekolah
berbentuk ‘Normal Deck’ ‘High Deck’ dan ‘Double Decker’. Pasaran bas adalah
mengikut citarasa pelanggan dari pihak swasta, badan berkanun, dan pihak
kerajaan.
Kami sentiasa bekerja keras untuk memastikan yang
produk dan perkhidmatan kami memenuhi keperluan dan spesifikasi pelanggan kami,
dan secara tidak langsung berusaha untuk memberikan hanya yang terbaik kepada
pelanggan.
VISI & MISI SYARIKAT
Untuk meningkatkan kualiti produk dan teknologi
terkini bagi keperluan pelanggan di masa akan datang. Di samping itu syarikat
juga sedang di dalam mencari idea-idea baru bagi meningkatkan produktiviti bagi
memantapkan kualiti barangan yang di cadangkan kepada pelanggan syarikat.
POLISI SYARIKAT
“KEPUASAN PELANGGAN DI UTAMAKAN”
Polisi ini adalah berkaitan dengan produk dan
perkhidmatan yang di berikan kepada pelanggan mengikut spesifikasi dan
permintaan pasaran semasa.

No comments:
Post a Comment